Thursday, February 10, 2011

Pantang bagi anak yang batuk

Sekarang ni musim batuk. Cuaca yang lama sejuk, tetiba skang ni dah panas sangatlah plak, menyebabkan tekak kering dan banyak orang kena batuk. No 1 dan no 2 pun batuk skang ni. Lagipun, anak2 aku ni memang kalah sket kalau cuaca sejuk atau panans sangat.

Kalau anak2 batuk, selain daripada bagi diorang ubat batuk, aku pantangkan diorang list makanan berikut :

1. Aiskrim
2. Buah2an sejuk especially limau
3. Air yang disimpan sejuk
4. Air coklat atau milo atau sewaktu dengannya.
5. Susu ( kena kurangkan sket atau cairkan sebab susu lembu boleh buat banyak kahak)

Kalau masa diorang tengah batuk dengan agak kuat, aku amalkan supaya diorang minum air panas suam. Sebab, Dr ada bagitau yang air panas suam dapat cairkan kahak. Buat masa ni, aku memang percaya sebab memang nampak beza dia lepas minum air panas suam ni...

Sekarang ni aku baru jek lepas perang dengan no 1 dan no 2 sebab aku tak bagi diorang minum susu sebelum tido. Tunggu bangun pagi esok baru boleh. Tak tahan betul dengar diorang merengek nak susu, tapi aku kena tabahkan hati sebab taknak nanti diorang batuk sampai muntah plak.

Harap esok batuk diorang makin kurang. Aminnnn...

2 comments:

Norhafiza said...

betul gak tu nora...No kene bagi gak susu coklat tp cair la sebb susu putih tu dorang kurang sket..

AdaAkuKesah said...

info yang bagus.. tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...