Monday, May 23, 2011

kenapa tak nak buat macaroon lagi..

Hari ni aku cuti.. emergency
Hmmmm... No 2 semalam kena muntah2 semalam.
Kena tengok progress dia hari ni... nampak macam dah stabil. Esok bolehlah keje...

Kenapa aku tak nak buat macaroon?
Bukan taknak langsung... cmer bukan untuk masa terdekat ni.
Sebab...

1. Adik aku nak kawin ujung minggu ni. Banyak benda nak buat kat umah.
2. Minggu depan ada mesyuarat pembentangan markah peperiksaan akhir... kena siapkan semua dokumen berkaitan...
3. Anak2 aku tengah batuk sekarang ni. Terutamanya No 1, suara pun dah naik serak. Almaklumlah, macaroon tu pakai serbuk badam...

Lepas semua selesai, InsyaAllah boleh cuba lagi.

Kali ni ... apa yang aku akan betulkan ialah
1. Pastikan cuaca panas
2. Pastikan telur putih dipukul sehingga betul2 stiff supaya adunan tak jadi cair
3. Pastikan telur putih telah dibiarkan dulu sekurang2nya 3 jam.
4. Kena timbang telur putih betul2... sebab hari tu aku pakai lebihkurang 80g kot... rupa2nya tak boleh banyak telur putih, adunan akan jadi cair

Oklah, kalau aku buat lagi, aku bagitau ekkk... Mudah2an second time nanti, menjadik :)

1 comment:

Chekgu Azrine said...

sedap ke macaroon.. tak penah makan.. tp tahu jual kat luar mahal le

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...