Sunday, May 22, 2011

Try masak kuih : French Macaroon.. sambung cerita

Ok, korang pun dah tahu yang aku pnyer French Macaroon tak jadi, pasal aku dah cerita kat post ni.

Resepi yang aku pakai dari Majalah RASA bulan Jun.
Sebelum tu, aku dah try makan. Beli dengan Kak CT. Sedap Macaroon kak CT, dia baru ni jek start jual. Tapi kat blog dia tak bagitau lagi... kat facebook adeleee... Tu sebab yang aku berkobar2 nak try buat sebab aku anak beranak suke rasanya yang unik tu :)

Preparation dah cantik...

Step A:

Gaul 90g serbuk badam dengan 135g gula ising dan satu sudu besar serbuk koko

Step B:

Pukul 75g putih telur dengan 50g gula castor sampai kembang (stiff).
Step nilah aku silap...

Step C:
Campurkan bahan kering kedalam putih telur dengan cara kaup balik pakai spatula sahaja. Paipkan kat kertas minyak yang telah ditanda dengan duit 20sen.

No 2 kata.. mak ... kuih mak dah jadi 2 orang ke tiga orang :P

Step D:
Bakar dalam 15 minit dalam suhu 140C. Bil dah sejuk, perlahan2 keluarkan dari kertas minyak. Sejukkan dan sapu filling.
Rasa dah sedap. Tapi, takda feet. Leper jek sebab adunan cair...
Hmmmmm tak puas hati... kena buat lagi.

Tapi bukan hari ni.
Napa bukan hari ni?
Sebab... Ada citer lain... nantilah aku citer lagi ekk...

5 comments:

Yasminhamid said...

lepas ni gerenti jadi kan??? sebab rasa dah ada...

Wyna Rozali said...

em lame x singgah cni . hee , sedap je nampak french maracoon ni . tak penah makan -_____-

ibundo said...

kena terai lagilah tu ek. Step b tu silap sebab tak cukup pukul ke..

Nora said...

@Yasmin, mudah2an jadik kalau try lagi :)

@Wyna, manis rasanya, rasa badam tu yang buat dia special :)

@Kakpah, a'ah... patut pukul lama sket lagi :(

ciketon fazya said...

Nampak meringuenya dah ok...mungkin terlebih gaul..hihi tu macaronnya cantum2 sbb dia jd runny bila overmix.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...