Aku start cuti hari khamis lepas. Banyak benda nak dibuat kat umah sebab majlis kahwin adikku telah ditetapkan pada hari Sabtu, 28 Mei 2011.
Oleh kerana rumahku sebelah jek dengan umah mak, makanya umah aku jadi umah rewang. Dalam kata lain, tempat letak barang2 untuk masak kenduri dan orang kampung datang beramai2 untuk tolong menyediakan bahan2 masak.
Masa ni, khemah dan pelamin dah siap tapi meja belum pasang lagi.
Jumaat malam, adikku nikah beserta majlis khatam. Tapi kami tak masak untuk makan malam tu, sebab takda orang nak tolong masak. Upah tukang masak kat kantin sekolah adik aku. Kali ni, banyak majlis kahwin yang serentak dikalangan keluarga. Ramai juga sedara mara yang tak dapat datang. Tapi, nasi kami masak sendiri. Selain tu, goreng ikan kering dan buat sambal belacan. Prepare untuk masak bubur kacang buat jamuan majlis hari Sabtu skali.
Majlis hari sabtu, nasib baik tak hujan. Aku memang tak sempat nak menjengah siapa yang datang. Kami bukan guna katering. Semuanya jalan sendiri, gotong royong anak beranak, sedara mara dan jiran sekampung. Masuk pukul 5, kaki aku dah rasa nak cramp, tapi syukur sangat2 sebab tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah berjalan dengan lancar.
Selesai majlis, masih banyak kerja perlu dibuat. Periuk belanga nak kena basuh, kemas rumah, basuh lantai.... Pinggan mangkuk, periuk belanga yang disewa kena dipulangkan semula. 2 hari pun tak selesai betul. Hari Ahad plak, kami pergi bertandang ke majlis sebelah lelaki. Takpalah, sekali penat kata orang kannnn...
Hari isnin, aku amik MC sebab tak larat. Kena selsema dan sakit kepala. Seluruh badan sakit2. Kalau aku dah camni, mak bapak aku lagilaaahhhh... adik beradik dan ipar duai semuanya muka layu semacam. Tapi, berbaloi rasanya bila lihat adikku dan suami bahagia.
Mudah2an perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Aminnnn...
No comments:
Post a Comment