Tuesday, May 17, 2011

cari duit masa belajar

Cari duit bukan senang... apa lagi kalau anda masih belajar.
Bayangkanlah, dengan duit pinjaman PTPTN yang tinggal RM1200 untuk satu semester setelah ditolak duit yuran... manalah cukup.

Makan nasi lemak dgn teh tarik jek dah RM2.50.
Makan nasi campur tengahari dengan sirap limau jek dah RM4.00.
Makan malam, char kue tiaw dengan fresh oren jek dah RM5.00.
Seminggu... sebulan... satu semester.. manalah cukup.
Nak kena beli buku lagi, nak kena beli topup prepaid lagi, nak kena bayar duit broadbannd lagi, isi minyak motor lagi...

Hmmmmm....

Buat keje sambilan?

Kerja sambilan bermakna anda akan mengambil masa terluang anda untuk disi dengan aktiviti yang menjana pendapatan. Ia juga bermakna, anda akan kurang waktu untuk study kalau anda tidak pandai uruskan masa. Namun, tidak ada salahnya jika anda benar2 pandai membahagikan masa diantara kerja dengan study. Banyak perkara boleh dibuat untuk tambah duit poket ni seperti

1. Mohon skim pelajar bekerja -
Setiap universiti akan ada peluang pekerjaan yang dibayar mengikut jam. Pekerjaan selalunya berkaitan dengan surat menyurat, data entry dan sebagainya. Tapi pelajar mestilah berdaftar dengan bahagian hal ehwal pelajar dan mempunyai CGPA yang baik.

2. Ambil upah printing
Fokus kepada 2 iaitu print color dan laser. Boleh juga ambil upah binding skali. Tapi kena ada modal iaitu mesin binding tu. Tapi kenalah bersedia untuk pelajar ketuk pukul 2 @ 3 pagi sebab diorang nak hantar pagi esoknya :)

4. Ambil upah translate atau proofread
Translate dari BM ke BI atau BI ke BM atau bahasa2 lain kalau anda ada kemahiran.

5. Ambil upah jual makanan ringan macam kerepek
Beli pakai borong, pack kecil2 dan jual kat hostel. Kalau rajin, ambil order kuih dari jiran sebelah umah tak pun buat sendiri :)

6. Jual topup
Banyak dah pelajar buat bisnes ni

Dan lain2 lagi yang boleh membantu menambah pendapatan bagi memudahkan anda belajar dengan aman di IPT ....

Asalkan janganlah terlalu obses dengan duit sehingga masuk Skim Cepat Kaya. Banyak kes pelajar terlibat dengan skim ini dan terbengkalai pelajaran mereka. Habiskanlah belajar dulu. Walau bijak macamana pun anda, walau cerdik mana pun anda, bila anda datang interview.. tetap juga diorang nak tengok sijil :)

Selamat cuti panjang. 4 bulan cuti, bolehlah simpan duit untuk sem akan datang :)

5 comments:

Mama Kembar Tiga said...

agreed, jgn terlalu obses dgn duit sampai pelajaran terganggu dah laa kan?

hello beauty said...

betul2...pelajaran sgt pnting...x yah nk kejar duit sgt smpai guna shortcut..

Lizan said...

semua barang dah naik harga.... pandai2 lah kita nak idup ya..

Nora said...

@Mama, setuju

@cik dokter, pengaruh duit ni sangat besar, jangan mudah terpengaruh tau

@Lizan, betul tu... duit macam air :)

Pembekal Alatulis dan Peralatan Pejabat said...

maaf tumpang iklan...

KAMI MENJUAL KELENGKAPAN DAN PERALATAN PEJABAT SEPERTI MAGNETIC WHITEBOARD, MESIN BINDING, MESIN LAMINATE, ELECTRONIC TYPEWRITER, STAPLER, MESIN SHREDDER, HAILER, TROLLEY DAN LAIN-LAIN.

TIADA CAJ GST.
PENGHANTARAN PERCUMA SEKITAR SELANGOR DAN KUALA LUMPUR.
JAMINAN 2 TAHUN KE ATAS.


UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DI ATAS SILA HUBUNGI KAMI SEGERA.

DN GLOBAL RESOURCES
Tel: +603-6277 5571
H/P: +6019-393 5571
Email: dnglobal_eng@yahoo.com.my
Facebook: http://www.facebook.com/dnglobal
Website: www.dnglobal.weebly.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...