Sebelum ni aku ada tulis artikel pasal butter Golden Churn diragui status halalnya.
Masa tu aku keluarkan artikel sebab jumpa salinan memo dari Bhg Penyelidikan, Jabatan Agama Johor.
Memo tu untuk edaran kakitangan jek sebenarnya.
Tak dimaklumkan kepada umum lagi, sebab masih dalam penyelidikan dan pengesahan selanjutnya.
Minggu lepas, husband dapat tag artikel pasal butter Golden Churn dah halal.
Dia dapat dari salinan suratkhabar Berita Harian, 17 Jun 2011.
Jumpa artikel ni dari sini
Kalau betul halal, Alhamdulillah.
Tapi tadi jumpa kat BorneoPost, kata sah tak halal by JAIS Sarawak.
Cerita ni dikongsi oleh Paradigm
Kalau anda tak rasa was-was, bolehlah guna butter ni.
Tapi... better not kottt..
Sekarang, nak masuk ramadhan. Ada yang akan start buat kuih raya.
Aku biasanya buat sendiri gak... tapi 3/4 jenis jek.
Tapiiii... aku pakai buttercup jek. Murahhhh :P
5 comments:
Assalamualaikum.
Pening lalat dibuatnya.
Adakah ini petanda tiada kesepakatan?
Itu kata begitu, ini kata begini.
Teringat kata ustaz saya suatu ketika dahulu, bahawa sesuatu yang halal itu jelas, yang haram juga jelas, kalau ada syubhah, maka tinggalkanlah.
TQ
thanx for the info..
mula2 lega dah baca. pastu jadi susah hati semula.. skang ni rajin mem'baking'. Tu pasal nak konpem betul2.
Kalu cam ni stick ti buttercup la..senang hati selalu.. :)
tq utk info
mmg payah sket kalau bab halal haram mknn...buat org risau..huhu
berita metro hari ini khabarkn ttg ketidakhalalan produk Golden Churn Butter..rujuk metro 3 ogos 2011..tp pembuat kek lapis di sni (sarawak)tidak mgunakn produk tsebut lg sejak ketidaksahihan sblm ni..jika inginkn kepastian sblm membeli,tnye lah dulu kpd pembekal/penjual yg bnr2 beragama islam..:)
kalau dah keluar suratkhabar, oklah. Taklah orang tertanya2.
Post a Comment