Friday, June 3, 2011

Perasaan bila anak hilang

Terpanggil untuk buat entry ni lepas baca kisah Matjoe yang kehilangan anaknya Hasnah

Aku pernah mengalami situasi yang sama.
No 1 ni jenis tak takut dengan orang, peramah dan suka explore. Most of the time, dia akan pergi ikut suka hati dia jek.

Kejadian ni lama dah, masa No 1 5 tahun. Aku, 2 adik aku dan mak aku ke Jakel Tampoi untuk beli kain buat seragam kumpulan kendarat dia. No 1 sangat berkenan dengan tangga pusing kat Jakel Tampoi tu. Puas dia cuba nak naik tapi aku tak bagi. Kami cuma nak beli kat bahagian bawah jek.

Tengah2 menyelak kain, aku terlepas tangan dia, mula2 dia ada kat area situ. Aku macam rasa oklah... tapi tiba2 dia takda. Puas aku cari keliling, tapi tak nampak dia. Since aku tak jumpa, cepat2 aku mesej adik2 aku supaya cari sama2. Aku takut kalau2 dia keluar dari kedai.

Kami berpecah mengikut tingkat. Tapi masih tak jumpa. Aku tak bagitau mak aku, takut dia terlebih cemas. Bila tak jumpa, aku keluar dari kedai dan cari dikawasan sekitar. Tapi hati aku tak yakin yang dia akan keluar jauh dari kedai. Jadi aku cari sekali lagi disetiap tingkat.

Rupa2nya dia berada ditingkat atas sekali. Macamana dia naik, aku tak tau. Masa tu dia duduk atas meja kaunter budak2 sales tu. Tengah syok bersembang. Bila dia nampak je aku datang, dia membebel marahkan aku. Dia kata, kenapa aku hilang.


Haihhhh.... Nasib baik jumpa. Lepas tu, aku langsung tak lepaskan tangan dia. Semenjak tu, setiap kali bawa anak berjalan... suara aku dan suami akan sentiasa didengari oleh orang sekeliling sebab kitorang asyik jerit nama diorang jek... Tak mau kejadian yang sama terjadi... Pedulilah walau orang nampak kami macam mengongkong sangat anak. Kalau hilang... hmmmm... tak dapat nak aku bayangkan...

7 comments:

Jaa said...

saya pun x dpt bayangkan kl anak hilang... tp masa saya kt masjid ari 2, selamba jer seorang pompuan ni suruh orang lain jaga anak dia sementara dia p ambik wuduk... buatnyer orang 2 culik, x pasal...

Matjoe said...

tq for sharing. mmg peduli apa org kata mengonkong, janji x ilang anak. mcm laa org yg mengata tu boleh kembalikan anak kita kalau hilang.

hasanah la, bukan hasnah

Kak Sam said...

Minta di jauhkan. Tak dapat bayangkan apa yang berlaku kalau ianya benar2 terjadi.

Nora said...

@jaa, kadang2 kita lupa sebab belum kena
@Matjoe, alamak tinggal a ... sowiii :)
@Kak sam, sama2 kita mohon semoga dijauhkan perkara macam ni kan...

mamaijat said...

..huh! mamaijat pun dah rasa ilang anak ni...huhuhu..boleh rasa putus nafas ho..
time tu bulan puasa 1996...& mama ngah ngandung..huh,tetiba no 2 (the only boy) boleh x de...pucat kami naik setiap tingkat YAOHAN tu..tetiba dgr pengumuman nama ayahnya suh turun kat pndaftaran amik anak...lega..tapi balik kg terus kenduri doa selamat...
alhamdulilah.

Nora said...

@mamaijat, comfirm masa tu rasa macam tak perasan orang sekeliling kannnn :)

esh said...

sama la nora. but mine anak no 2. sangat2 laaa menguji kesabaran. takda la nak shopping lelama kalau budak2 ada.

bab2 suara, mmg sah! tapi aku je la.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...