Semenjak menularnya penyakit H1N1, penggunaan hand sanitizer semakin dikenali dan meluas dikalangan masyarakat malaysia. Sehingga harganya meningkat dengan mendadak sekali.
Aku turut menggunakan bahan ini setiap kali keluar dengan anak2. Walaubagaimanapun, ia bukanlah pengganti kepada sabun.Menurut laman web biology.about.com hand sanitizer bertindak dengan membuang satu lapisan luar minyak pada kulit. Sekaligus membunuh kuman dilapisan tersebut. Oleh kerana ia tidak memerlukan air, penggunaannya sangat ringkas dan boleh dibawa kemana-mana.
Masalahnya, hand sanitizer tidak boleh menggantikan sabun. Jika dirumah, amalan membasuh tangan dengan sabun adalah yang terbaik. Malah, tidak perlu ditambah dengan penggunaan sabun antibakteria sekalipun, keputusannya adalah sama baik. Hal ini kerana, hand sanitizer akan mencegah bakteria yang ada dalam tubuh dari datang ke permukaan tangan termasuklah bakteria baik. Badan anak2 kita kena juga berkenalan dengan bakteria dan kuman ni untuk membina sistem imunisasi mereka. Menghalang terus daripada mendekati anak-anak kita, mungkin bukan solusi yang terbaik.
Pepatah menyatakan, "Too much of good thing is not good for you".
Notakaki : Sebenarnya nak bagitau, hand sanitizer dalam handbag aku ni dah habis. Kena singgah kedai masa lunch nanti kottt....
3 comments:
setuju
kadang2 bakteria bagus untuk badan develop antibody secara semulajadi...kalau terlalu pembersih, nanti lagi senang kena peyakit
Saya beli juga masa hot H1N1 dulu, tapi tak sukalah pakai. Agaknya sebab ada bauan, rasa macam ada bahan kimia pulak.heee.
@cempaka, betul tu... camne ekk nak lukis bakteria :)
@maia, ada brand yang takda bau sangat. Saya suka bau dettol :)
Post a Comment