Tuesday, February 15, 2011

Isu copy paste

Aku jumpa beberapa site yang cerita pasal copy paste artikel.
Ada yang copy idea.
Ada yang copy penulisan.
Ada yang copy penulisan skali dengan gambar2.

Kalau dalam pendidikan, copy paste ni dipanggil plagiarism.

Majoriti yang aku jumpa, tak kisah dicopy paste sume mintak supaya mintak izin dulu, bagitau dulu dan bagila kredit balik pada penulis asal.

Kalau dalam pendididikan pun sama juga, cuma kita panggil sebagai rujukan atau reference. Kalau pelajar copy paste tanpa reference yang betul, pensyarah boleh bagi penalty... gagal.

Kalau dalam blog?

Aku pernah gak jumpa artikel aku dalam blog orang lain. Tapi dia taklah amik 100%, cmer dalam 30% jek. Apa aku rasa? Hmmm, masa tu macam tergezut jeklah sebab aku betul2tak sangka yang blog aku ni ada gak orang baca :)

Jadi, baru2 ni aku ambil keputusan untuk ikut jejak langkah Anastasyea untuk buat auto backlink guna http://www.tynt.com/

Kalau guna kaedah ni, sekiranya ada artikel kita dicopy oleh orang lain, ia akan automatik dibacklink kepada kita.

Mungkin anda patut cuba. Manalah tau... kalau esok ada orang copy artikel kita... dapatlah jugak auto backlink. Taklah rasa kecik ati memanjang.

5 comments:

Unknown said...

setuju dengan nora .. =)

anastasyea's latest post .. Sorang lagi berpaling tadah!

Riana Qistina said...

susah nk halang....tp apa salahnya diaorg ciplak...asalkan kebenarannya kita dpt bezakan masterpiece

Izan Ishak said...

mmg betul tu nora... sebaik2nya ada backlink kan.

Nora said...

@Anastasyea, kita kena cari jalan sendiri untuk jaga harta kita kan :)

@Riana, kalau dalam konsep hakcipta, ia tetap salah... tapi memang betul, kita susah nak halang

@Izan, ha'ah, kalau ada backlink tu taklah rasa sangat...

nanne_manja said...

tenkiu nora utk info awak bagi tu..
saya pun nak buat backlink..
penat dan susah payah nak taip dan curahkan idea dalam blog, tuan badan sendiri yang tau..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...