Wednesday, April 20, 2011

Betul ke boleh lajukan broadband?

Jumpa kat blog ni, dan ni, dan ni tentang cara untuk lajukan broadband.
Sebenonya, myhubby yang jumpa kat link apesal.com. Dia cuba pastu suruh aku buat guna line broadband yang aku baru beli. Eh.. belum citer lagi ekk pasal line mana aku amik. Len kali ekk aku citer.

Pasal ni... bila dia suruh, aku buat jelah. Tapi kepala aku tak masuk. Macam ye ye aaa jek. Rasa macam laju tapi takut persepsi aku jek kot.

Maka, sebagai penyelidik aku pun buatlah satu eksperimen.

Persoalan Kajian :
Adakah terdapat perbezaan diantara penggunaan kaedah yang dicadangkan oleh budakbotak terhadap kelajuan line internet?

Hipotesis Kajian:
Hipotesis null menyatakan bahawa tiada perbezaan diantara penggunaan kaedah yang dicadangkan oleh budakbotak dengan cara biasa terhadap kelajuan line internet.

Kekangan kajian :
Penyelidik tidak mengambilkira faktor-faktor lain seperti yang diperkatakan oleh Solehan.com.

Methodologi Kajian:
Langkah 1 - connect broadband, tunggu sampai stabil, buka www.speedtest.net dan semak kelajuan line.

Langkah 2 - masih menggunakan line yang sama ( maknanya ip yang sama), guna kaedah yang dicadangkan oleh budakbotak, tunggu sampai stabil, buka www.speedtest.net dan semak kelajuan line.

Dapatan Kajian :
Hasil dapatan dari langkah 1 ialah dalam rajah berikut.


Hasil dapatan dari langkah 2 ialah dalam rajah berikut.


Keputusan Kajian :
Keputusan kajian menunjukkan bahawa hipotesis ditolak.
Kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan peningkatan dari segi kelajuan upload sebanyak 0.61Mbps dan download sebanyak 0.01Mbps diantara penggunaan kaedah yang dicadangkan berbanding connection biasa.

Pembetulan : Bukan meningkat tapi menurun. Dalam kata lain, 1.79Mbps download time adalah lebih laju berbanding 1.18Mbps. Hipotesis tetap ditolak kerana memang terdapat perbezaan, tapi penggunaan kaedah yang dicadangkan menyebabkan speed lebih perlahan.

Cadangan Kajian Lanjutan:
Apakah kesan terhadap komputer yang menggunakan kaedah diatas dalam tempoh masa yang lama sebagaimana yang dinyatakan oleh Solehan.com.

Apa kata anda ?

7 comments:

Unknown said...

tak pernah cuba lajukan dia bila dah habis limit..
tak pandai nak buat..:p

Notami said...

salam..xde la..stakat ni notami x prcaye lg leh lajukan speed broadband..

fasya said...

akak..kite yg tgh blaja research ni pon x brape nak pham..huhu..

Nora said...

@diana, senang jek kaedah yang diorang ajar tu... 3 step jek

@Notami, ada pembetulan sket... :)

@Fasya, kaedah penyelidikan sosial, hipotesis null bermakna tiada perbezaan. jadi kalau berbeza maknanya hipotesi ditolak. Tapi perbezaan itu adakah baik atau tak, bergantung pada kitalah :)

phycrewz said...

dah penah try juga benda ni. rasanya tetap sama ja pun kelajuan tenet tu.

Dari yg aku perhati, dia kasi extend ja bandwidth tu byk sket. dan jadi laju sket pun bila offpeak. Mmg xkan laju punya broadband tu klu dah smp limit, xyah nk susah2 la.

klu nk laju, langgan tenet yg xda limit,puas hati..huhu

HAKMI said...

prasarana broadband Malaysia masih tahap negara dunia ketiga, indah khabar dari rupa, gah hanya di kalangan sendiri, Malaysia kan terkenal ngan cakap besor...sakit ati betul, bband saya cuma laju time torrent download je, surfing, ada serupa takde......kena tunggu ytl 4g dipasaran dulu kot?

Admin said...

operator tahu nak kaut untung je...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...