Showing posts with label blogging tips. Show all posts
Showing posts with label blogging tips. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Betul ke boleh lajukan broadband?

Jumpa kat blog ni, dan ni, dan ni tentang cara untuk lajukan broadband.
Sebenonya, myhubby yang jumpa kat link apesal.com. Dia cuba pastu suruh aku buat guna line broadband yang aku baru beli. Eh.. belum citer lagi ekk pasal line mana aku amik. Len kali ekk aku citer.

Pasal ni... bila dia suruh, aku buat jelah. Tapi kepala aku tak masuk. Macam ye ye aaa jek. Rasa macam laju tapi takut persepsi aku jek kot.

Maka, sebagai penyelidik aku pun buatlah satu eksperimen.

Persoalan Kajian :
Adakah terdapat perbezaan diantara penggunaan kaedah yang dicadangkan oleh budakbotak terhadap kelajuan line internet?

Hipotesis Kajian:
Hipotesis null menyatakan bahawa tiada perbezaan diantara penggunaan kaedah yang dicadangkan oleh budakbotak dengan cara biasa terhadap kelajuan line internet.

Kekangan kajian :
Penyelidik tidak mengambilkira faktor-faktor lain seperti yang diperkatakan oleh Solehan.com.

Methodologi Kajian:
Langkah 1 - connect broadband, tunggu sampai stabil, buka www.speedtest.net dan semak kelajuan line.

Langkah 2 - masih menggunakan line yang sama ( maknanya ip yang sama), guna kaedah yang dicadangkan oleh budakbotak, tunggu sampai stabil, buka www.speedtest.net dan semak kelajuan line.

Dapatan Kajian :
Hasil dapatan dari langkah 1 ialah dalam rajah berikut.


Hasil dapatan dari langkah 2 ialah dalam rajah berikut.


Keputusan Kajian :
Keputusan kajian menunjukkan bahawa hipotesis ditolak.
Kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan peningkatan dari segi kelajuan upload sebanyak 0.61Mbps dan download sebanyak 0.01Mbps diantara penggunaan kaedah yang dicadangkan berbanding connection biasa.

Pembetulan : Bukan meningkat tapi menurun. Dalam kata lain, 1.79Mbps download time adalah lebih laju berbanding 1.18Mbps. Hipotesis tetap ditolak kerana memang terdapat perbezaan, tapi penggunaan kaedah yang dicadangkan menyebabkan speed lebih perlahan.

Cadangan Kajian Lanjutan:
Apakah kesan terhadap komputer yang menggunakan kaedah diatas dalam tempoh masa yang lama sebagaimana yang dinyatakan oleh Solehan.com.

Apa kata anda ?

Tuesday, April 5, 2011

Statement tahunan Insuran Prudential

Dah masuk bulan 4 ni... paham2 jeklah kannn. Kena isi borang cukailahhh.
Oleh itu, hubby dok sibuk mengumpulkan segala statement2 tahunan untuk simpanan bagi mengisi borang efiling tu.

Satu jek yang kitorang dok cari tak jumpa2 ialah statement insuran prudential aku tu. Hubby pnyer ada... aku pnyer... mana tahhhhh


Last2 aku tepon servis dia. Skali dia mntak no faxlah plak.
Aku mana ada fax. Ofis adalahhhh... Tapi tak boleh pakai untuk urusan peribadi :)

Jadi, husband mintak emailkan.
Diorang call aku untuk dapatkan pengesahan dan kebenaran untuk email.

Sepantas kilat ko dia email semulaaaaa kat aku.
Tapi tertinggal attachment :)
Sat jek pun... dorng terus realise yang dorang tertinggal attachment dan email semula kat aku. Laju tul diorang buat keje. Aku sukeeee...

Dapat dah... dah print dah untuk masuk fail. Simpan untuk audit.
Harap2 kalau aku ada apa2 hal... sakit keee.... masuk spital keee...
Servis dia pun tip top macam ni gaklah kannnn.
Pasti aku akan terus setiaaaaaa denganmu :)

Saturday, April 2, 2011

pop up comment

Masa BA buat segmen Deco Deco Beng Beng Booommm hari tu, aku tak join. Tapi aku singgah gak kat blog2 yang join dan tengok komen mereka pada blog2 tu sume.

Bukan nak cari silap dorang tapi nak belajar membetulkan blog aku mana yang boleh.

Antara komen yang paling banyak ialah

1. Jangan guna word verification untuk komen
2. Buat pop up window untuk message.

Jadikkk... merujuk pada blog Ujang ! Erti Kehidupan... ... aku ikutlah step yang diajarkan.

Ringkasannya : Pergi Dashboard, pilih Setting, lepas tu pilih tab Comment. Tukarkan properties bahagian Comment Form Placement kepada Pop Up Window. Siapppp :)

Mudah2an lebih mudah pada kengkawan nak komen yea... :)

Cau Cin Cauuu...

Wednesday, March 16, 2011

Apa makna camwhoring?

korang biasa tak tengok blog tulis perkataan ni

camwhoring
cam whore
cam whoring

kadang2 diorang relate that with photo gedik :)

Tak biasa? ker aku jek yang perasannn
Takpalah... cmer aku nak bagi definisi dia ekk

Dari wikipedia :

Definisi 1 : Camwhore is an individual who performs sexual services on the Internet with webcam software in exchange for money, goods, or attention, usually by a fixed per minute fee or by encouraging viewers to purchase items on their wish lists or add to their online accounts.[2] While the label is usually considered derogatory and insulting,[3] it is also sometimes self-applied, occasionally in a self-deprecating manner.

Definisi 2 : Camwhore is also used to refer to individuals who post pictures or videos of themselves on the Internet to gain attention.


Walaupun definisi kedua semakin digunapakai, tapi macam tak berapa sesssuaaiiiilahhh. Sebab Cam whore tu adalah gabungan perkataan Camera dan Whore.

Tau tak apa makna whore?

Dari http://www.thefreedictionary.com/whoring

whore
n.
1. A prostitute.
2. A person considered sexually promiscuous.
3. A person considered as having compromised principles for personal gain.

intr.v. whored, whor·ing, whores
1. To associate or have sexual relations with prostitutes or a prostitute.
2. To accept payment in exchange for sexual relations.
3. To compromise one's principles for personal gain.


Mungkin kita kena fikir balik kot bila nak guna sebarang perkataan yang menjadi trend dalam dunia cyber ni. Tak semestinya orang guna, kita nak guna gak. Kita ada adat, ada budaya, ada agama... mungkin tak sama dengan bangsa, adat dan budaya orang lain.

Fikir-fikirkanlah ekkk... Salammmm...

Wednesday, March 2, 2011

iklan nuffnang di blog roda hidupku

Masa mula2 start blog, aku memang tak terfikir untuk letak iklan dalam blog. My main intention lebih kepada nak belajar tentang blog ** learning by doing ** dan share story about my life dengan anybody who is willing to read. Tapi, bila dah mula berblog, entry yang paling popular aku jumpa ialah nuffnang, innity, google ad sense. Menarik pulak rasanya. Tapi kerana sedar diri... blogku ini sangatlah ciput visitornya... aku ignore jek. Tapi bila mula aktif dalam hujung tahun lepas... masa cuti sekolah... aku dapat ramai kawan. Visitor pun dah meningkat sket. Seronok pulak rasanya... jadi.. dah alang2 menyelam, apa salahnya minum air kan...

Pada 2 february 2011 lepas, aku pun daftar dengan nuffnang dan letak di blog aku. Hari ni cukup sebulan dah...

Masa mula2 join, hari2 aku tengok akaun aku. Langsung takda apa2 maklumat tentang earning. CPC ke, BE ke, ME ke.. sume takda. Ada keluar iklan kat blog tapi mostly Milk A Deal. Aku pun jadi blurr. Tapi aku memang tak suka tanya terus pada otai blogger ... aku google dan cari maklumat tentang nuffnang ni. Hati kecilku kata, oleh kerana aku baru sertai, mesti pihak nuffnang sedang pantau prestasi blog aku. Jadi aku rasa.. paling awal pun aku kena tunggu sebulan untuk tahu lebih jelas.

Taddaaaa....

Tadi aku bukak page nuffnang dan barulah aku tau... rupa2nya betul. Ada 2 kempen iklan CPC masa bulan 2 rupa2nya. Maknanya blog kecil macam aku ni pun ada potensi juga untuk sertai iklan nuffnang ni. Kalau aku rajin update, mungkin diorang akan nampak potensi blog ni pulak... manalah tau kannnn :)

Jadi sebagai blogger baru kat luar sana yang macam aku... bersabarlah yek. InsyaAllah kalau ada rezeki... adalah tu... tak esok, lusa... tak lusa bulan depan... tak pun tahun depan. Sehingga itu, aku rasa... biarlah aku teruskan blogging dulu.

Tuesday, February 15, 2011

Isu copy paste

Aku jumpa beberapa site yang cerita pasal copy paste artikel.
Ada yang copy idea.
Ada yang copy penulisan.
Ada yang copy penulisan skali dengan gambar2.

Kalau dalam pendidikan, copy paste ni dipanggil plagiarism.

Majoriti yang aku jumpa, tak kisah dicopy paste sume mintak supaya mintak izin dulu, bagitau dulu dan bagila kredit balik pada penulis asal.

Kalau dalam pendididikan pun sama juga, cuma kita panggil sebagai rujukan atau reference. Kalau pelajar copy paste tanpa reference yang betul, pensyarah boleh bagi penalty... gagal.

Kalau dalam blog?

Aku pernah gak jumpa artikel aku dalam blog orang lain. Tapi dia taklah amik 100%, cmer dalam 30% jek. Apa aku rasa? Hmmm, masa tu macam tergezut jeklah sebab aku betul2tak sangka yang blog aku ni ada gak orang baca :)

Jadi, baru2 ni aku ambil keputusan untuk ikut jejak langkah Anastasyea untuk buat auto backlink guna http://www.tynt.com/

Kalau guna kaedah ni, sekiranya ada artikel kita dicopy oleh orang lain, ia akan automatik dibacklink kepada kita.

Mungkin anda patut cuba. Manalah tau... kalau esok ada orang copy artikel kita... dapatlah jugak auto backlink. Taklah rasa kecik ati memanjang.

Monday, January 24, 2011

Isu plagiarism dalam blog adalah sesuatu yang sukar untuk diungkai.

Tetiba jek nak cakap benda yang serius sket ptg ni. Sebab kepala adalah letih dek berdiri sehari suntuk sejak dari semalam. Isu apa? tajuk kat atas tu tak reti tengok ke :P

Apa itu plagiarism@plagiat?
Merujuk kepada Akta Universiti & Kolej 1971, kaedah plagiat membawa maksud
(a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaan sendiri; atau
(b) suatu cabaran untuk menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa dia adalah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil dari sumber lain.

Jadi, jika seseorang individu itu
  1. menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain.
  2. menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis kepada ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku;
  3. memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi penerbitan apabila ia tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama atau pengarang bersama;
  4. memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan atau data yang diperoleh melalui penyelidikan perpustakaan, samada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian daripada penyelidik akademiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal;
  5. menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota kakitangan atau pelajar Universiti sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik yang berbeza yang lain, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan penyelidik bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau sebelum menerbitkan data;
  6. menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan mengaku sama ada secara langsung atau secara tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau ciptaannya sendiri;
  7. menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai penulisannya tau ciptaan sendiri;
  8. memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa ubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusun idea itu semula dalam apa-apa cara yang seolah-olah dia adalah pencipta idea-idea itu.

Maka, individu itu telah melakukan kesalahan plagiarism @plagiat.

Definisi tadi lebih berkaitan dengan penulisan pelajar dalam laporan penyelidikan atau thesis pelajar. Dalam blog?

Saturday, January 22, 2011

nak tulis blog pun perlukan kemahiran .. tau dakkk

betulll.... bukan senang nak menulis ni... walaupun cmer sekadar tulis blog.

kenapa susah?

1. penulisan haruslah tidak menyentuh isu sensitif

nak tegur ke... nak komen ke... nak perli ke... haruslah tidak menyebabkan orang lain kecil hati... nanti niat baik... tak pasal-pasal jadik tak baik. Tak caya? Cube kalau kawan korang ada bau badan... adakah korang akan terus tegur dia... "eh badan kau bau busuklah"... cuber try tengokkkk... tak pasal2 masam muka sebulan tau dakkk... samalah macam dalam blog gak ... kena guna cara holistik :)

2. penulisan haruslah menarik

semua perkara yang berlaku dikehidupan seharian adalah menarik... tapi nak tulis dalam blog dan jadikan dia menarik adlah susah... pada penulisan seorang blogger, ia cume jadi siaran ulangan... tapi pada blogger yang lain, jadi seronoklah plak... pelik kannn... itu kemahiran bercerita namanyerr... :P

3. tahlah... aku sebenarnya tengah susah nak perah idea nak tulis blog ni... tu yng aku keluar 2 idea kat atas tu... tip2 tambahan... korang tambahlah ekk :)

nak studi... esok ada kelas... nanti azam aku tahun 2011 ni tak tercapai plak :)

salammm...

Sunday, December 26, 2010

Blogging Tips @ Tingkatkan follower

Selalunya, lagi banyak follower korang, kebarangkaliannya adalah lagi tinggilah trafik. Kenapa? Sebab selalunya bila orang first time masuk blok korang, dia akan tengok bilangan follower. Ni kerana persepsi bahawa banyak follower bermakna blog korang besh…

Camner nak banyak follower?

Kenalah promote blog korang kat facebook ke, kat twitter ke. Kalau blogwalking tu jangan lupa perkenalkan diri, follow blog diorang dan bagitaulah kat tuan umah yang korang dah follow diorang ** orang kata : tinggalkan jejak ** tapi janganlah plak paksa diorang follow kau balik, biolah diorang ikhlas follow sendiri...

Selain tu, cuba anjurkan aktiviti menarik macam pertandingan ke, segmen suaikenal ke, sure ada jek yang akan follow korang sebab nak ikut perkembangan aktiviti tu...

Tips yang ni aku tak buat, sebab aku memang pemalu orangnya **wink wink**

Aku nak tinggalkan jejak kat blog2 yang aku jengah pun , aku pk sampai 10 kali. Ingat senang ke nak beramah mesra dengan orang yang baru kita kenal ekk. Bukan aku sombong tauuuu. Tapi, sapalah aku ni kan. Even nak bagitau pada family yang aku ada blog pun aku segan. Sampai skang ni, adik beradik aku tak tau alamat blog aku ni tau dakk. Kengkawan ofis lagilahhh….

Tapi, dalam minggu lepas aku mula memberanikan diri untuk meninggalkan komen bila aku singgah blogwalking. Tak nak dah jadik silent reader. Nak kena buang perasaan malu. Malam kelmarin, aku join segmen En. Ben. Walaupun tak menang tapi dapat gaklah tersenarai sebagai peserta... Alhamdulillah. Naiklah sket follower aku dari 4 orang jadi 12 orang :)

Sket nooo... tapi takpalah. Time kasih ekk my follower. You light out my motivation.
Akan ku teruskan perjalananku dalam dunia blog ni. Jadi kengkawan sume, janganlah malu2 walaupun kita baru ekkk... See ya..

Rujukan :
http://www.blogputra.com/2010/02/trik-jitu-meningkatkan-follower-blog.html
http://mysuperkids.net/blog-yang-best-ada-ramai-followers-ke-subscribers/

Friday, December 24, 2010

Berat tak blog aku?

Biasa dengar blogger lain cerita pasal blog berat. Rupa-rupanya, ia bermaksud bila kita bukak blog atau website tu, berapa lama kita kena tunggu untuk keseluruhan laman web tersebut di paparkan .

Kelajuan paparan laman web ni sebenarnya bergantung pada jenis sambungan atau rangkaian internet yang pengguna gunakan. Ia mungkin mengambil masa beberapa saat kalau pengguna gunakan line broadband tapi menjadi 2@3 minit kalau pengguna gunakan line 56k dialup modem.

Banyak perkara rupanya boleh memperlahankan loading time untuk laman web kite ni, macam size gambar yang besar, widget yang banyak, resolusi laman web yang besar, macam2 lagilah.

Macam blog aku ni, bila aku gunakan website ni punye speed tool , tempoh masa bagi pengguna yang pakai dialpun modem sekadar 56K sekalipun hanya mengambil masa 1.46 minit. Skang ni yang pakai dialup 56K pun tak ramai dah.

So, kira oklah tu kannnn...
Kalau korang nak check, ada macam2 speed tool available macam

Thursday, December 23, 2010

keselamatan online data

Oleh kerana sekarang ni terlalu banyak data boleh diperolehi secara online, maka kita kenalah hati2.

Data ape? isyyy... macam2 data boleh diperolehi secara online macam gambar2 dalam laman social neywork, maklumat peribadi, internet banking, email korang. Semua tu kalau jatuh ke tangan mereka yang tak sepatutnya bahaya tau dakk.

Jadik, just nak ingatkanlah korang supaya jangan gunakan no ic, tarikh lahir mahupun no biasa seperti 1234 atau qwerty sebagai password. Senang beno orang nak hack. Gunakanlah kombinasi nombor dan huruf supaya password anda lebih kompleks dan sukar untuk diteka.

Satu lagi, rajin2lah tukar password anda yea. Password ni samalah macam kunci rumah kita tauuu.


Pesanan ini dibawakan oleh masyarakat yang prihatin. Selamat berblog :)

Monday, December 20, 2010

Blogging Tips @ backlink up traffic

Kalau korang masuk blog aku ni, tentulah korang perasan yang aku tulis apa je yang aku terfikir atau apa yang jadi hari2. Cerita dalam blog aku seperti diari harian berkisah dengan anak2, suami, kerja dan life.

Sambil berblog, aku akan blogwalking ke blog2 lain yang agak famous dan menarik berdasarkan cara penceritaan mereka. Mostly aku akan blogwalking ke blog2 yang bersesuaianlah dengan usia dan personaliti aku sebagai seorang ibu yang bekerja. Aku mula belajar cara pelbagai blogger menulis dan cuba melihat apa yang boleh aku sesuaikan.

Sepanjang aku mula menjengah dunia blog, aku perasan yang blog2 famous samada blogger dia yang famous atau blog dia yang famous biasanya mempunyai backlink yang banyak. Dalam erti kata lain, banyak blog2 lain akan perkenalkan anda kepada link blog popular tersebut.

Camnilah senang citer, kalau anda mengenali mana2 blogger yang glamer macam redmummy, ben ashaari, matgebu, hanis zalikha , etc dan diorang tolong promote blog korang, komfirm hit blog korang akan naik secara drastic. Manakala – kalau korang ada link dengan blog yang sangat tinggi capaiannya dan sangat dikenali ramai penulisannya, maka rekemen dari blog famous ini sangatlah dapat membantu menaikkan traffic blog anda. Itulah backlink. Sekaligus backlink ini akan meningkatkan SEO korang gak tauuu.

Kes study aku : dalam bulan Oktober, aku ada join blog Redmummy untuk review pasal blog dia. Oleh kerana aku memang mengikuti blog ni dan memang blog ini sangat fofular ada ke blogger yang tak kenal redmummy ni ekk maka aku pun memberanikan diri untuk menyertainya dengan buat artikel dan backlinkkan post tu kat blog redmummy. Of courselah team redmummy kena masuk blog aku dan tengok artikel yang aku tulis and at the same time ada blogger lain yang nak join akan masuk blog aku untuk tengok apa yang aku tulis gak. Samada nak cari idea mahupun nak tengok kualiti penulisan aku.



Serius, traffic pada bulan 10 naik daripada 60 kepada lebih 80 hit.

Rujukan :
http://www.ar-rifke.com/2010/01/bahana-backlinks-zero-kualiti.html

Friday, December 17, 2010

Blogging Tips @ keyword untuk up traffic

Aku mula menulis blog pada awal bulan Julai 2010. Tujuan utama adalah untuk belajar apa itu blog dan kenapa orang berblog.

Kenapa pulak aku nak tau? Sebab aku dikelilingi oleh pelajar yang sangat celik IT. Blog dan social networking macam Friendster, Twitter dan Facebook adalah satu benda yang sangat common bagi mereka. Aku perlu cuba mengambil tahu akan apa yang mereka suka supaya dapat mendekatkan diri dengan mereka.

Jadi, kali ni aku nak share apa yang aku dah belajar setelah hampir 6 bulan berblogging.

Banyak jugak aku jumpa blogger yang start lebih kurang aku atau lewat sket dari aku macam blog aidid (October) dan blog honeyvsbee (Ogos) just to name a few tapi diorang dapat traffic yang agak tinggi bagi blogger baru.

Satu perkara yang membantu adalah keyword. JIka anda nak naikkan traffic, selalulah tulis artikelartikel tentang isu2 yang hot sekaligus masukkan keyword keyword berkaitan .. macam keyword jutawan, nama artis popular seperti Siti Nurhaliza, cerita box ofis macam Antara 2 Alam, isu hot macam Artis kena tangkap basah dan macam2 lagilah. Ini akan menyebabkan meningkatnya Search Engine Automation (SEO) blog korang.

Contoh ekk, aku pnyer blog memanglah takda promosi langsung. Yang tau pasal blog aku ni pun cmer laki aku dengan member aku yang memperkenalkan aku dengan dunia blogging. Jadi dari bulan Julai 2010 hingga Ogos 2010, traffic langsung tak memberansangkan. Sebulan tak sampai 50 hit. Bulan 8 lagilah kureng sebab aku slow sket buat post.



Hinggalah bulan September masa aku terpk untuk buat post pasal Bang Bang Boom Raya, tetiba jek traffic aku naik. Sebab keyword tu rupanya ada banyak gak orang carik tapi tak banyak orang tulis mengenainya. Dari less than 30 hits meningkat kepada around 60 hits.

Impressive !!!

Reference :
http://www.benashaari.com/2010/12/macam-mana-saya-nak-supaya-semua-orang.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Search_engine_optimization

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...