Sunday, December 26, 2010

Blogging Tips @ Tingkatkan follower

Selalunya, lagi banyak follower korang, kebarangkaliannya adalah lagi tinggilah trafik. Kenapa? Sebab selalunya bila orang first time masuk blok korang, dia akan tengok bilangan follower. Ni kerana persepsi bahawa banyak follower bermakna blog korang besh…

Camner nak banyak follower?

Kenalah promote blog korang kat facebook ke, kat twitter ke. Kalau blogwalking tu jangan lupa perkenalkan diri, follow blog diorang dan bagitaulah kat tuan umah yang korang dah follow diorang ** orang kata : tinggalkan jejak ** tapi janganlah plak paksa diorang follow kau balik, biolah diorang ikhlas follow sendiri...

Selain tu, cuba anjurkan aktiviti menarik macam pertandingan ke, segmen suaikenal ke, sure ada jek yang akan follow korang sebab nak ikut perkembangan aktiviti tu...

Tips yang ni aku tak buat, sebab aku memang pemalu orangnya **wink wink**

Aku nak tinggalkan jejak kat blog2 yang aku jengah pun , aku pk sampai 10 kali. Ingat senang ke nak beramah mesra dengan orang yang baru kita kenal ekk. Bukan aku sombong tauuuu. Tapi, sapalah aku ni kan. Even nak bagitau pada family yang aku ada blog pun aku segan. Sampai skang ni, adik beradik aku tak tau alamat blog aku ni tau dakk. Kengkawan ofis lagilahhh….

Tapi, dalam minggu lepas aku mula memberanikan diri untuk meninggalkan komen bila aku singgah blogwalking. Tak nak dah jadik silent reader. Nak kena buang perasaan malu. Malam kelmarin, aku join segmen En. Ben. Walaupun tak menang tapi dapat gaklah tersenarai sebagai peserta... Alhamdulillah. Naiklah sket follower aku dari 4 orang jadi 12 orang :)

Sket nooo... tapi takpalah. Time kasih ekk my follower. You light out my motivation.
Akan ku teruskan perjalananku dalam dunia blog ni. Jadi kengkawan sume, janganlah malu2 walaupun kita baru ekkk... See ya..

Rujukan :
http://www.blogputra.com/2010/02/trik-jitu-meningkatkan-follower-blog.html
http://mysuperkids.net/blog-yang-best-ada-ramai-followers-ke-subscribers/

5 comments:

Unknown said...

Memang betul tu ... tak boleh malu-malau kalau nak cari follower. Lagi pun bukan kita buat salah pun. Betul tak! =)

me, Anastasyea

Nora said...

Betul..betul..betul :D

ida ahmad said...

Saya xmalu tapi segan.haha!! Sebenarnya nk update blog pn liat. Jadilah follower sya kot2 boleh light up my motivation too.huhu~~

Amni said...

follower akak dah 38 masa saya baca entri ni.. hehe... ternyata akak dah makin friendly ek... =p

kalau saya, saya lebih suka kalau banyak komen dari banyak follower.. huhu... dan saya jarang follow orang kecuali macam dah close or blog tu best.. macam sombong kan? tapi pada saya, baik la kita follow dengan betul dari sekadar follow sebab nak orang follow kita kan? hehe.....

Nora said...

amni, even though akak dah start bw, komen blog orang, singgah shoutbox atau chatbox, tak semestinya diorang datang dan follow akak. Tapi slowly akan ada orang yang sama citarasa macam akan akan follow akak. Kalau akak terus jadi silent reader macam dulu, orang takkan kenal akak maupun blog akak... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...