Kenapa pulak aku nak tau? Sebab aku dikelilingi oleh pelajar yang sangat celik IT. Blog dan social networking macam Friendster, Twitter dan Facebook adalah satu benda yang sangat common bagi mereka. Aku perlu cuba mengambil tahu akan apa yang mereka suka supaya dapat mendekatkan diri dengan mereka.
Jadi, kali ni aku nak share apa yang aku dah belajar setelah hampir 6 bulan berblogging.
Banyak jugak aku jumpa blogger yang start lebih kurang aku atau lewat sket dari aku macam blog aidid (October) dan blog honeyvsbee (Ogos)
Satu perkara yang membantu adalah keyword. JIka anda nak naikkan traffic, selalulah tulis artikelartikel tentang isu2 yang hot sekaligus masukkan keyword keyword berkaitan .. macam keyword jutawan, nama artis popular seperti Siti Nurhaliza, cerita box ofis macam Antara 2 Alam, isu hot macam Artis kena tangkap basah dan macam2 lagilah. Ini akan menyebabkan meningkatnya Search Engine Automation (SEO) blog korang.
Contoh ekk, aku pnyer blog memanglah takda promosi langsung. Yang tau pasal blog aku ni pun cmer laki aku dengan member aku yang memperkenalkan aku dengan dunia blogging. Jadi dari bulan Julai 2010 hingga Ogos 2010, traffic langsung tak memberansangkan. Sebulan tak sampai 50 hit. Bulan 8 lagilah kureng sebab aku slow sket buat post.
Hinggalah bulan September masa aku terpk untuk buat post pasal Bang Bang Boom Raya, tetiba jek traffic aku naik. Sebab keyword tu rupanya ada banyak gak orang carik tapi tak banyak orang tulis mengenainya. Dari less than 30 hits meningkat kepada around 60 hits.
Impressive !!!
Reference :
http://www.benashaari.com/2010/12/macam-mana-saya-nak-supaya-semua-orang.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Search_engine_optimization
3 comments:
nora, kakpah kalau buat n3 main hentam keromo je. tak kesah ada orang masuk ke tak haha.. tapi ada satu artikel akak tulis tentang sujud sajadah. sampai sekarang orang datang cari...
tulah kak, nora pun baru tulis macam tu gak. ikut apa ada dalam kepala jek. tapi bila baca bolg orang, tengok semua tips, barulah nora faham pasal benda ni. Bukan nak tunjuk **takda hebat mana pun blog ni ** T__T tapi cmer nak share. Menarik gak dunia blogging ni kannn
Emm .. nak bagi tips sikit boleh. Selalunya orang kat Malaysia suka cari sesuatu yang panas seperti kemalangan, unik (cth: sujud sejadah), masakan, ganjil, seram, gossip artis/politik, teknologi update, pendidikan (cth: result SPM, PMR), dan lain2 lagi. Jadi kalau ada idea nak tulis tentang perkara tu .. cuba selit2kan dengan keyword (SEO) yang selalu dicari kat search engine .. Nora boleh tengok kat website nie sebagai rujukan (Keyword Tool - Google AdWords)
p/s: kalau ada apa2 persoalan mengenai dunia blog, Nora boleh ajukan kepada saya kat anastasyea[@]gmail.com Nanti insyaallah saya akan membantu. Nanti tukarkan [@] = @
me, anastasyea
Post a Comment