Monday, January 24, 2011

Isu plagiarism dalam blog adalah sesuatu yang sukar untuk diungkai.

Tetiba jek nak cakap benda yang serius sket ptg ni. Sebab kepala adalah letih dek berdiri sehari suntuk sejak dari semalam. Isu apa? tajuk kat atas tu tak reti tengok ke :P

Apa itu plagiarism@plagiat?
Merujuk kepada Akta Universiti & Kolej 1971, kaedah plagiat membawa maksud
(a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaan sendiri; atau
(b) suatu cabaran untuk menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa dia adalah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil dari sumber lain.

Jadi, jika seseorang individu itu
  1. menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain.
  2. menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis kepada ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku;
  3. memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi penerbitan apabila ia tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama atau pengarang bersama;
  4. memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan atau data yang diperoleh melalui penyelidikan perpustakaan, samada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian daripada penyelidik akademiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal;
  5. menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota kakitangan atau pelajar Universiti sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik yang berbeza yang lain, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan penyelidik bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau sebelum menerbitkan data;
  6. menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan mengaku sama ada secara langsung atau secara tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau ciptaannya sendiri;
  7. menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai penulisannya tau ciptaan sendiri;
  8. memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa ubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusun idea itu semula dalam apa-apa cara yang seolah-olah dia adalah pencipta idea-idea itu.

Maka, individu itu telah melakukan kesalahan plagiarism @plagiat.

Definisi tadi lebih berkaitan dengan penulisan pelajar dalam laporan penyelidikan atau thesis pelajar. Dalam blog?

2 comments:

Chik Att said...

salam ... yang no 4 tu selalu gak buat .... copy and pasteee .... siapkan asgment ... hehehe ... tak mengaku kata kita buat ...cuma tak bg tau saja sapa punya ....
bolehkan.....

Nora said...

@Chik Att - kalau ikut pada definisi tu, tak bolehlah.. tapi kalau tak tau takpa... dah tau tak bolehlah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...