Saturday, January 1, 2011

Mendidik anak : Reverse Psychology

Masa anak berumur 1 hingga 3 tahun, dia masih lagi boleh mengikut arahan yang kita beri dengan lebih mudah.

Tapi, bila dah masuk 4 tahun ke atas... selalunya arahan merupakan satu perkara yang susah untuk dipatuhi.

Bukan arahan susah mana pun, suruh makan, suruh mandi, suruh tido... hari-hari macam perang okeiihhhh.

Jadi sekarang aku cuba cara reverse psychology iaitu bila kita beri arahan tapi dia taknak buat, aku akan suruh dia betul-betul jangan buat . Tak paham ke apa aku cakap?

Contoh ekk... Kalau dia taknak mandi, aku cakap

"Alif, tak payahlah mandi tau... tapi malam nanti kalau kena gigit semut, jangan ngadu apa2 plak"

atau disituasi yang dia tak duduk diam kat majlis kahwin ke..., aku cakap

"Rizmal, pergilah main, nanti mak balik, tak tunggu mal tauuuu.... balik sendiri yea"

Buat masa ni... boleh tahan... berkesan gaklah... esok2 tak taulahhhh...

3 comments:

hafizul said...

perkongsian yang baik..
saya dapat satu tips semasa program motivasi, maybe akak boleh cuba amalkan.
Setiap malam, selepas budak2 baru tidur.Dalam keadaan mereka separuh sedar (belum tidur nyenyak), usap kepala mereka sambil ucap perkara2 yang baik untuk mereka.IAllah lama kelamaan berkesan.. Motivator bagi tau camtu..hehehe... Akak boleh cuba juga..

Nora said...

Time kasih. Akak pernah gak dengar dari ceramah Dr. Fadzilah Kamsah. Ada gak buat, tapi tapi selalunya bila dia tidor, mak dia dah tak boleh nak bukak mata dah... penat :)

Unknown said...

Betullah...kena cuba jugak ni nnt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...