Monday, January 31, 2011

Nak pesan lagi tentang keselamatan jalanraya

Musim2 hujan ni, aku perhatikan … banyak kereta tak berapa bersedia. Malah ada sesetengahnya tak berhati2. Tidakkah mereka sedar bahawa memandu dalam hujan akan menyebebkan pandangan pemandu menjadi kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi?

Pandangan dari dalam kereta ( gambar amik dari 1stdisember.blogspot.com)

Jadi… tolonglah hati2. Janganlah buat perkara2 berikut seperti

  1. Pandu kereta dengan laju.. kang break tak makan kangggg… tak pasallllll jek
  2. Mengekori kenderaan dihadapan dengan dekat … takut kereta depan berhenti mengejut… jalan licin menyebabkan geseran kurang tau dakkk
  3. Memandu dengan bunga tayar yang haus ataupun kurang angin – tak hujan pun benda ni kena elakkan jugakkk
  4. Tak bukak lampu … tolonggglahhh… dahlah kereta anda berwarna gelap… susah nak nampak…

Sama2lah kita berhati2. Satu lagi pesanan, kalau tepi jalan tu naik air aka banjir, toksahlah berhenti nak tengok pulak. Kalau nak tolong takpa, kalau tak… silalah teruskan perjalanan. Janganlah buat jem plak yeaaaa.. :P

Wasallam

2 comments:

No Lan said...

time2 hujan No memang meremang bulu tengkok klo nak drive..memalam pun tak berani..silau mata takleh drive malam huhu...pe2 pun berhati2 la dijalan raya..

Nora said...

ha'ah...kereta slow nampak macam laju... kereta laju nampak macam slow... takutttt

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...