Aku naik teksi gi hospital sebab kalau drive bermakna aku akan buat tawaf beberapa kali sebelum jumpa tempat parking. Sampai sana, gi kat tempat pendaftaran dulu. Skang kat HSA, pendaftaran adalah berpusat. Ambil nombor, tunggu diorang panggil.
Walaupun ramai orang, tapi tak lama tunggu sebab fail kita memang dah siap... tinggal nak ambil jek.
Kena bayar RM5.00 sebab tak bawak GL
Lepas dapat fail kesihatan, pergi ke bilik 5 dan tunggu Dr check. Pukul 11.30 aku selesai jumpa Dr. Takda papa masalah, blood pressure normal, 6 bulan lagi datang untuk tayang muka lagi :P
Ok... belum habis lagi. Skang kena tunggu depan bilik ambil darah pulak.
Nombor aku 650. Masa keluar dari bilik Dr, nombor yang sedang dipanggil dipusat ambil darah adalah 595. Hmmmm... dekat sejam gaklah tunggu.
Dah siap.. Hantar sampel darah ke makmal, dah boleh balik. Nak singgah makan kat kantin hospital, tak jadi sebab takda lauk dah...
Letih sebab menungguu lama jek... alla memang dah macam tu pun... nak buat camner... kat mana2 pun, kalau ramai orang, memanglah kena tunggu lama. Aku tunggu lama kat hospital kerajaan, aku ok. Orang lain? Hmmmm... nantilah aku citer
Pesanan penaja : sila minum air masak banyak2... ia sangattttt baik untuk kesihatan :)
No comments:
Post a Comment