Besok atau esok ada dua makna bagi orang johor
Makna pertama : Hari selepas hari ini
Contoh ayat : Sila hantar tugasan kamu esok selewat-lewatnya pukul 5 petang.
--> kalau hari ni Isnin, maknanya kena hantar hari Selasalah....
Makna kedua : Hari yang dirujuk pada masa akan datang
Contoh ayat : Kita jumpa kat rumah kau masa adik kau bertunang esoklah ekk.
--> Hari yang dimaksudkan ialah masa adik dia bertunang, mungkin adik dia bertunang esok, atau lusa, atau minggu depan, bulan depan keeee.....
Contoh ayat lain : Latihan yang saya beri bolehlah digunakan sebagai rujukan untuk final esok.
--> bukan esok final, tapi ikutlah tarikh peksa yang ada kat jadual tuuuu...
Ok, dah. Harap terang dan jelas.
5 comments:
jgn gune bahasa johor...hehe
dahi dah ada cop... susah nak tanggal :P
orang johor je ke yg guna mcm ni?
oh baru tauu :O
saya org johor.
igtkan semua negeri pun ckp mcm ni.
eheee..
besok-besok kia jumpa lagi ;p
Iye... akak pun ingat semua orang cakap camtu... penyer kita orang johor jek... setiap kali akak cakap, student dari negeri lain akan tanya balik... cer cer test plak... :)
Post a Comment