Kenapa komunikasi penting dalam hubungan? Sebab, kalau kita tak bercakap, kita tak tau apa yang difikirkan oleh pasangan kita. Kalau kita tak perhatikan, kita tak pasti apa yang pasangan kita sedang alami ... sedih ke, marah ke, gembira ke.
Perhati pun kira komunikasi ke?
Ye, sebab komunikasi bukan sekadar melibatkan verbal tetapi juga non verbal seperti gesture, mimik muka dsbnya.
Menurut Asiah, Irkhaniza,& Mohamed Sharif (2008), tujuan pertama individu berkomunikasi dengan manusia lain adalah kerana individu tersebut hendak memahami orang lain. Kita hendak mengenali siapa mereka, siapa diri mereka, apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka rasakan dan macammacam lagi maklumat berkenaan dirinya.
Contoh, kalau suamiku diam, tarik muka, cakap nak tak nak... maknanya dia tengah marah. Usually kita tau kenapa sebab... dah namanya suami. Tapi, itu dipanggil persepsi iaitu jangkaan kita kenapa dia marah sahaja. Mungkin ada benda lain yang dia sebenarnya marah.
Contoh lagi, kalau dia bincang pasal kereta, lepas tu action dia berbeza... ** menunjukkan tanda2 marah** bukan bermakna dia marahkan kereta tapi mungkin dia marahkan cara kita cerita tentang kereta tu.Terpaksa guna metafora, susah juga nak cerita pasal benda ni.
Jadi, apa yang patut kita buat?
Tolonglah berkomunikasi... tapi kedua2 pihak haruslah rasional. Sampai satu masa, ia akan meleraikan apa yang terbuku di hati. Barulah anda akan faham hal sebenar. Kalau dah tau hal sebenar, barulah kita sedar silapnya dimana. Maka bolehlah yang tersilap memohon maaf dan meleraikan mana yang kusut.
Notakaki : peringatan buat yang menulis juga ;
Perhati pun kira komunikasi ke?
Ye, sebab komunikasi bukan sekadar melibatkan verbal tetapi juga non verbal seperti gesture, mimik muka dsbnya.
Menurut Asiah, Irkhaniza,& Mohamed Sharif (2008), tujuan pertama individu berkomunikasi dengan manusia lain adalah kerana individu tersebut hendak memahami orang lain. Kita hendak mengenali siapa mereka, siapa diri mereka, apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka rasakan dan macammacam lagi maklumat berkenaan dirinya.
Contoh, kalau suamiku diam, tarik muka, cakap nak tak nak... maknanya dia tengah marah. Usually kita tau kenapa sebab... dah namanya suami. Tapi, itu dipanggil persepsi iaitu jangkaan kita kenapa dia marah sahaja. Mungkin ada benda lain yang dia sebenarnya marah.
Contoh lagi, kalau dia bincang pasal kereta, lepas tu action dia berbeza... ** menunjukkan tanda2 marah** bukan bermakna dia marahkan kereta tapi mungkin dia marahkan cara kita cerita tentang kereta tu.
Jadi, apa yang patut kita buat?
Tolonglah berkomunikasi... tapi kedua2 pihak haruslah rasional. Sampai satu masa, ia akan meleraikan apa yang terbuku di hati. Barulah anda akan faham hal sebenar. Kalau dah tau hal sebenar, barulah kita sedar silapnya dimana. Maka bolehlah yang tersilap memohon maaf dan meleraikan mana yang kusut.
Notakaki : peringatan buat yang menulis juga ;
5 comments:
tapi selalunya wanita akan membuat non verbal communicatin yg amat sukar difahami lelaki
straight forward saja kan bagus?
@gabanMorka, yang tu ada faktor lain iaitu perbezaan lelaki dan perempuan. Sebab tu kedua2 pihak kena berkomunikasi secara rasional..kadang2 memang susah... tapi lama2 akan faham secara sendiri
No sokong..No pun kene faham bila time hb sedih, marah dan gembira..dan klo boleh jangan buat dia sedih..kita kene pandai handle keadaan tu br la hidup kita harmoni kan nora ..;)
xbaik gaduh2..berbaiklah anda :)
@No, kalau nak faham, kena mula dengan komunikasi... bila dah faham pun kena cakap gak... cumer cara jek yang kena bersesuaian...kan No kannn :)
@riff, gaduh memg tak baik... kalau dah gaduh tu yang macamana nak baik balik :)
Post a Comment