Saturday, February 5, 2011

Ibu tak patut runsing kalau anak sakit... yeke?

Apa perasaan korang kalau anak sakit?

Hmmmm.... beberapa hari ni, anakku no 3 demam, pastu kena cirit-birit plak. Dalam masa yang sama, no 2 batuk pulak. dia pun macam nak tunjuk simptom cirit birit gak. Nasib baik sket jek.

Setiap kali anak tak sihat, aku mesti jadi tak tentu arah. Tak taulah kenapa.

Setiap tingkah laku anak kalau boleh aku taknak terlepas pandang apa-apa yang mencurigakan. Malam memang tak lenyak tido... takut tak sedar masa nak bagi makan ubat... takpun takut tak perasan kalau2 demam dia naik ke....

Kerja aku pun akan jadi kelam kabut. Segala benda tak menjadi. Kalau buat keje pun... tak senonoh jek jadiknya.... hati asyik berdebar2... kalau ada masalah... janganlah mintak aku jadik pakar rujuk kalau masa ni. Time2 macam ni... aku pk nak stay dengan anakkkkk jekkk... hmmmm

Cuti tahun baru cina ni... apa pun aku tak buat. Plan nak kemas rumah tak jadi. Plan nak siapkan senarai nama pelajar tak jadi. Plan nak buat artikel tak jadi. Plan nak buat kuih jek jadi... tapi salah adun... biskut jadik nipisssss... hmmmmm

Pagi tadi bawak budak 2 orang tu ke klinik. Jumpa pak angkat diorang. Dah jumpa baru senang hati aku... walaupn ubatnya sama jek macam yang aku bagi kat umah. Antibiotik pun dia tak bagi sebab katanya tekak tak merah. 2/3 hari lagi kalau tak baik baru dia suruh datang lagi for further action. Balik umah, no 2 dah melompat keliling umah. No 3... hmmmm sibuk nak join abg dia main skali. Till now, dia belum berak lagi. Tengok camtu... barulah aku boleh bertenang.

Si kecik yang dah mula nak mainnn =)

Adakah aku tak optimis macam ibu2 lain?
Adakah aku terlalu mengikut perasaan?
Ibu-ibu yang lain macam mana gaknya ekkk?

4 comments:

MaryaYusof said...

Bg sy sbg seorg ibu mmg patut kt runsing pun...sapa tak syg anak...takut nnt menyesal pulak...anak tu kan amanah Allah...hati ibu mana yg xrisau bile tgk anak xsihat...

nabilah_2908 said...

normal la..kalau ibu risau pada anak2 nya.. :)

sy tk tau nak bg pendapat..sbb sy belum kawin lagi..apatah lagi ada anak...

tp..kalau sy seorang ibu...sy pun akan risau juga..lagi2 anak kita kecil lagi.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BIRTHDAY DD

Nora said...

@marya, husband selalu suruh bertenang.. tapi saya tak bolehlah selagi anak tu tak sihat betul...

@nabilah, ada potensi jadi ibu yang baik :)

kakyong said...

riso tu perlu.. cuma jgn gelabah jer.. memang wajar bertenang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...