No 1 dan No 2 pun sekarang ni makin menunjukkan sikap sedemikian. Apa yang No 1 pegang, No 2 mesti nak. Kadang2 dia rampas jekkk...
Jadi aku kena ajar mereka supaya berkongsi. Kena nasihatkan mereka supaya main sama2, duduk sama2... Tapi... kadang2 ok... kadang2 tak ok. Takpa... kena teruskan juga.
InsyaAllah... lama2 nanti mereka akan faham yang berkongsi itu baik. Sama macam apa yang aku rasa bila dapat kongsi ilmu yang aku ada dengan anak2 murid aku. Bila melihat mereka berubah dari tahu kepada tak tahu. Bila melihat mereka berubah dari tak minat kepada minat. Bila nampak mereka menggunakan pengetahuan yang aku kongsi untuk pelbagai tugasan lain yang takda kena mengena dengan aku :)
Kongsi Ilmu. Walau mungkin tak besar mana. Moga memberi keberkatan buat hidupku dan mereka didunia dan akhirat. Aminnn..
2 comments:
yup..betul nora..kita kene ajo sedari kecik lagi...nnt dh besar senang, dorg akan sentiasa bekerjasama..
yelah No, memang kadang2 rasa penat asyik bercakap benda yang sama... tapi kita sebagai ibu tak boleh putus asa... betul tak :)
Post a Comment