Saturday, February 12, 2011

Mari mulakan aktiviti aerobik

Aku kan dah dapat signal supaya menjaga berat badan :P

Tahun lepas, masa no 3 belum setahun, aku ada join aerobik. Seminggu 2 kali. Memang fit. Badan aku memang nampak sangat susut. Tapi pada masa yang sama, aku telah memulakan aktiviti menerima tempahan cistat dari kwan2 suamiku dan kawan adik2ku sehingga aku tak cukup rehat. Lepas 1/2 tahun aku aerobik, aku kena hipotension plak dah... aka tekanan darah rendah. Pantang silap, aku akan mabuk dan pening kepala dan lemah badan sampai tak larat. Jadi aku pun mengurangkan segala aktiviti tambahan termasuk aerobik tulah.

Skang ni, aku kena aerobik semula sebab badan aku dah tak fit dan semakin nak bertambah saiz :P Tapi tak berani nak gi aerobik kat pusat yang aku join dulu tu sebab kat sana aku akan exercise selama sejam. Dr kata, badan aku tak berapa lasak... jadi kalau nak exercise kena kurangkan sket masa. Sooo aku decide untuk aerobik di rumah aje.

Aku ada beli cereal fitnesse first dulu dan ada dapat 2 CD aerobik free. Aku ada try masa mula2 dapat dulu. Jadi hari ni aku start semula. Gunakan CD tu untuk aerobik kat rumah. 20 minit je pun. Bolehlah buat 2 @ 3 kali seminggu.


Harap2 berjaya. Sihat dan kurus =D

3 comments:

RHI said...

InsyaAllah....boleh...thanks follow...

pago" said...

semoga kurus dengan sihat.
cube la buat lompat tali.

Nora said...

@yati, time kasih gak follow balik... blog saya ni biase2 jek **malu ;)

@pago", baru gear 1, lompat tali tunggu gear 3 kottt... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...