Thursday, February 24, 2011

serba salah

Kerja itu tanggungjawab. cuti bukan banyak mana pun. Kena gak simpan, takut apa - apa hal esok.

Belajar itu tanggungjawab. Siang ke, malam ke, kena juga aku cari masa untuk siapkan tesis yang susah no nak bergerak seinci dua.

Anak itu tanggungjawab. anugerah Allah yang perlu dijaga, dididik supaya membesar menjadi hambanya yang beriman dan beramal soleh.

Suami itu syurga. Hatinya, keperluannya perlu aku belai sentiasa.

Ibu bapa juga tanggungjawab. Sakit mereka, makan pakai mereka, masalah mereka... kena juga kita ambil tahu. Hati mereka, kena kita jaga jangan sampai terluka.

Adik2 juga tanggungjawab. Walau mereka tak suka, kena juga kita tegur. Walau mereka tak minta, kena juga kita bantu. Walau mereka tak sudi, tetap juga aku nasihat.

Aku ikhlas, aku redha, aku pasrah, aku sayang mereka.

Aku cuba tunaikan apa yang aku mampu.

Berdosakah aku kalau aku tak mampu buat yang terbaik untuk semua... hhmmmmmm

3 comments:

kakyong said...

sukar utk membuat yg terbaik dalam segala aspek... kan..

Norhafiza said...

bukan mudah nak bagi semua bahgia..yang penting kita buat sekadar termampu..

Nora said...

@kak yong & No, saya cuba apa yang saya mampu... mudah2an Allah mudahkan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...