Monday, April 18, 2011

no pin untuk mesin atm

Singgah bank pagi tadi. Nak masuk duit sket. Buat bekalan anak2 dimasa depan. Almaklumlah... hidup kita nak tak pasti lagi berapa lama... kalau2 sampai masa esok... ada jugaklah bekalan sket buat anak2 ... taklah menyusahkan mereka2 yang terpaksa membesarkan anak2 aku dikemudian hari.... apa plak aku emo pagi2 ni...

Sebenarnya nak citer situasi kat bank tadi.

Ada satu anak dengan bapak dia ni gi bukak akaun bank skali dengan kad atm.Bila siap, kerani bank tu pesan supaya terus tukar no pin yang bank bagi.
Satu lagi pesan dia... tolong jangan gunakan no matrik mahupun no kad pengenalan atau tarikh lahir sebagai no pin atm.

Kenapa agaknya dia pesan macam tu ekk??

Sebab, itu adalah maklumat yang paling mudah untuk diperolehi.
Itu juga adalah no pertama yang akan dicuba oleh mereka2 yang mengambil kad atm orang lain... untuk keluarkan duit.

Ini bukan main2 ekk adik2, kakak2 dan abg2...
Banyak dah kejadian yang pengguna bank hilang kad dan duit dalam akaun bank diorang skali. Gunalah no lain yang tidak dapat diteka oleh sesiapa... yang tahu hanyalah anda sahaja.

Dalam dunia teknologi ni... hati2lah yea. Kadang2 yang rapat dengan kita pun belum tentu ikhlas... Banyak dah yang terkena...

note : kalau dah guna no pelik2 yang susah nak ingat tu... jangan pulak simpan dalam kertas dan selit kat beg duit atau purse ekkkk....

7 comments:

Kak Sam said...

Bagus le info ni. hehehe tq.

'idun sa'idun said...

Comey blog Nora ni.. Hijau.. Sedap mata memandang :)

azhariahzuber said...

tq jugak

Nora said...

Sama2 :)

Nora said...

@'idun, saya memang suka hijau. cat umah pun hijau, umah mak pun hijau... warna yang lembut, menenangkan :)

Min Aina Ila Aina said...

Saya ada cara membina no pin, kalau yang perlu guna nombor, saya akan pilih kombinasi nombor yang penting untuk saya. penting di sini bukanlah tarikh saya dilahirkan, tapi mungkin tarikh kucing kesayangan saya dilahirkan + ayam didik saya dilahirkan + anak rusa nani saya dilahirkan, jadi mudah nak ingat.Itu contoh je tu.

Nora said...

@Maia, bagus method tu... boleh rekemen kat kawan2 lain untuk gunakan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...