Just nak share... sebagai isteri jarak jauh... maknanya suami kerja jauh... dapat balik hanya masa cuti mingguan jek... bukanlah satu yang mudah. Lebih-lebih lagi bila anda terpaksa membesarkan 3 orang hero yang comel :)
Tapi... ada sesuatu yang boleh membantu mengeratkan hubungan iaitu :-
1. Kejujuran. Janganlah anda berbohong dengan segala tindakan harian.
Kalau pergi makan dengan ofismate lelaki... cerita.
Kalau kena kenyit dengan anak murid... citer...
Kalau dapat email dari peminat senyap... citer ...
2. Kepercayaan. Jika kita jujur... maka kepercayaan akan timbul.
Nak pergi kursus ke...
Nak pergi bengkel ke...
Nak keluar makan seafood dengan member office ke...
Janganlah kita syak wasangka...
3. Kasih. Kepercayaan akan menguatkan kasih sayang hanya pada pasangan kita...
Walaupun ada ofismate baru yang lebih hensem sekalipun...
Walaupun ada bos bujang yang banyak duit sekalipun...
Kalau kasih kita bukan kerana rupa paras mahupun harta benda... InsyaAllah takda efek apa2...
Tapi... dalam masa yang sama kenalah sentiasa cuba mengeratkan hubungan.
Janganlah pulak telefon seminggu sekali.
Janganlah pulak sengaja mengorat aweks2 mahupun abe2 hensem sebab nak jeleskan pasangan
Janganlah pulak tak menjaga batas hubungan dengan teman berlainan jantina
Kalau kita sentiasa mengingatkan diri dan mengamalkan tips2 kat atas tu... InsyaAllah hubungan akan kekal bahagia. Aminnnn...
7 comments:
kalu dah sayang n cinta dok jauh pun xpe hehe,,yg penting harus ada percaya dan timbang rasa tu yg paling penting
yg penting saling mempercayai..dan setia..insyaallah hubungan kekal
Paling penting kejujuran. Kalau tak jujur payah le jawabnya
sangat kagum dengan pasangan yang berjaya mengekalkan hubungan walaupun berjauhan.. syabas :)
@maiza, betul tu.. kedua2 pihak kena jujur dan bertimbangrasa
@Puan kutu, kalau kita jujur... InsyaAllah pasangan akan percaya sepenuhnya
@Kak Sam, betul tu... jujur paling utama...
@Nanie, tak senang mengekalkan hubungan jarak jauh... nantilah lain post kita citer ekkk :)
tak best kan duk jauh kan huhuhu.. sedih je , rindu je memanjang kan...
tips yg baik dan sepeatutnya semua pasangan bercinta, mahupun sudah berkahwin faham. smoga org yang menulis tips ni turut berbahagia.
Post a Comment