Friday, March 25, 2011

rumah panasssss...

Malam tadi, rumah panas sangat.
Almaklumlah, semalam cuaca panas terik sampai kepetang. Umah aku takda aircond ;P

Tapi bukan tu sebabnya umah aku panas.

Sebab ni...


Mak aku masak pulut kuning dan rendang ayam. Ada tempahan kat sekolah.
80 bungkus semuanya. Ada majlis kesyukuran.

Perghhh... satu umah bahang sebab masak kat dapur.
2 periuk kukus atas dapur dan 1 periuk besar pakai dapur mobile untuk masak rendang ayam. No 1 dengan No 2 sibuk nak masuk bilik Tok ayahnya masa tidur malam tadi. Panas no katanya.


Kesian mak aku. Aku dapat tolong malam tadi sket masa masak rendang dan packing pagi tdi jeklah sebelum gi keje. Semalam sehari suntuk dia basuh ayam, siapkan rempah2 untuk rendang sorang2.

Dia tolong jek cikgu tu. Kalau ikutkan dia dah malas nak ambik tempahan sebab penat. Lagipun, hati dia tak berapa tenang sebab atuk asyik sakit2 jek kebelakangan ni.

Apa2pun, harap cikgu tu tak kisah. Mintak halal apa yang ada terkurang. Untung makan jek ... kat umah dan dapatlah bagi jiran2 serba sikit.

Notakaki : Mak aku kata kali ni last. Lepas ni tak larat dah nak tolong masak lagi. Tapiiii... esok kalau cikgu tu mintak tolong lagi... aku tak pastilah plak. Selalunya dia memanjang tak sampai hati :)

3 comments:

IEZA said...

Orang dah baik dengan kita..Tak sampai hati pulak nak mengecewakan...Baik betul hati mak nora ya...

Norhafiza said...

wah...No rasa mengidam la plak nak makan pulut ngan rendang...nampak gaya kene cari bahan ni...

kesian kan mak Nora, tu la..kita tak sampai hati nak tolak harapan orang tp org sepatutnya kene faham la juga keadaan kita kan..

Nora said...

@Ieza, mak memang camtu... mulut jek bising... hati tak sampai :)

@No, pulut kuning ni memang sedap... tapi nora tak boleh makan banyak... naik angin plak badan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...