Friday, March 18, 2011

dapat durian runtuh...

Pagi2 lagi dapat berita baik. Ada orang nak bagi durian runtuh. Lepas ni bolehlah aku berhenti keje. Dok umah dan concentrate pada anak2 jek.

Apa aku membebel ni ekk ?

Takda, tadi aku dapat email. Orang nak bagi wasiat harta dia kat aku. Cube baca ni...

Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan Rohayate Bte Mohamed from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.

Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.

Salam,
Puan Rohayate Bte Mohamed.
Reply to: rohayatemohamad@live.co.uk


Agak2lah, kalau korang dah sakit, nak ke korang bagi duit kat aku yang korang tak kenal ni? 2 juta pound plak tuuuu.... perrgghhhhh... sedekah dekat anak yatim ke, fakir miskin ke, masjid ke, Jepun yang dah kena gempa tu ke... munasabahlah jugak...

Kalaulah aku balas email ni... agak2 apa dia akan response agaknya kannn... mesti dia mintak segala mak nenek maklumat peribadi termasuklah no akaun bank.

Haihhh.. macam2 hallll....

5 comments:

nanne_manja said...

Biar betul nora...
iskhhhh...takut e-mail spam aja..
tapi, kalau betul org nak bagi..
terima ajalah :D
karang kecik ati...

Norhafiza said...

No pun ada terima gak spam mcm ni..macam2 negera ada..nasib baik No jenis tak pandang tu sume..skim cepat kaya pun No benci..MLM lagi la!

hanna strawberry said...

nora, kita pun selalu terima email cam ni dari pelbagai negara...tapi mmg tak logik la benda semua nih...tak pernah layan pun...email dan fb skim cepat kaya pun byk gaks...buat semak inbox jer....penat nak buat HOUSE KEEPING email dan fb inbox.... :)

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

wah..ini bukan durian runtuh lagik nih..makcik kayooo..tp ada perkara yg terlalu baik spt ini adalah benar?

Nora said...

memang tipu jek email camni... tak munasabah langsung :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...