Menangis boleh menurunkan depression level, kerana dengan menangis seseorang itu akan mengeluarkan hormon stress dari dalam tubuh seperti Endophin leucine-enkaphalin, prolaktin dan lain2. Ia sekaligus dapat membantu menurunkan level stress atau depression. ( aku amik ni dari sini )
Sebab itu orang perempuan selalu menangis.
Sebab itu juga aku menangis.
Dah seminggu aku tahan tangisanku.
Kena tunjukkan yang aku ini tabah.
Kena tunjukkan yang aku ini boleh diharap.
Kena tunjukkan aku mampu buat semua kerja dengan baik dan dalam waktu yang singkat.
Tapi pagi ini.
Aku perlu menangis, sebab aku tak mampu lagi menahan tangisan.
Aku perlu menangis, supaya aku boleh berdiri semula.
Aku perlu menangis, supaya aku jadi rasional.
Lepas menangis, aku rasa lebih tenang dan selesa. Kena mulakan kerja semula.
Salam ceria semua. Semoga hari2 anda tak diiringi airmata :)
9 comments:
tak per nora...
menangis boleh legakan stress..
tapi kalau terlebih menangis
mcm saya-3 hari kejap2 menangis bila dilanda masalah..jadi pening kepala pulak
bersabarlah ya :D
banyaak2 sabar..
nangis pun ok..pengubat kesesakan dada
Salam..,Apa yg terguris di hati mu Nora...(gurau jer)Kalau nangis boleh hilangkan stress..tak rugi la membuang airmata...he..he..Sabar nora..sabar itu separuh dari iman..
@manja, tak selalu nangis pun pening kepala gak :)
@Nisa, time kasih :)
@Ieza, hati tak terguris, cume dirundung nestapa sebab banyak masalah bertimpa pada satu masa :)
hye Nora,
firstly, thx sudi follow blog saya...2ndly sy suka ur blog ni...byk info yg sy suka baca...3rd...tajuk entry u ni mmg kena dgn situasi sy skrg ni...tgh gundah gulana ....huhuhu...tp nak buat mcm mana kan...kita sbg seorg ibu, kena juga tunjuk kita tabah...tak boleh nak layan sgt perasaan gundah gulana tu...hanya Allah Maha Mengetahui biler semuanya akan berakhir...
*Kepada semua yang mungkin sedang berduka nestapa or bersedih, bersabarlah yer...kerana ada hikmah disebalik semuanya Insyallah...banyakkan berdoa mohon kepada Allah kerana Doa adalah penawar terbaik untuk setiap kedukaan...semoga kalian dalam rahmat Allah jua...(sambil pujuk diri sendiri...)
*Nora, nanti email kat saya ur full name, address and phone no. yer, nak pos small gift bagi kat u...
salam perkenalan Nora...
No jarang menangis tp pernah gak la..betul lepas menangis No rasa ilang sume tu..kembali riang seperti sedia kala..
menangis pun ada kelbihan jgk...hahahaa
@No, memang ada beza rasa sebelum dan selepas nangis kannn
@Yusuf, orang lelaki pun jangan simpan ... nangis boleh redakan stress... betulll
@Hana, sabar banyak2 yea. Tapi saya tak boleh masuk your blog this weeklah hana. Dia kata only for invitation. Maybe you tertukar setting tak?
Hanna email saya dulu kat norahmn@yahoo.com ekk. Time kasih selalu jenguk sini :)
Post a Comment