
Nak join segmen baru ni. Khusus buat mereka2 bergelar ibu. Sampai tengah malam ni jek. Jomlah join.... klik kat
sini atau gambar Ben tu pun boleh ekkk... :)
Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda .. Nama saya NORA. Tu jek... takda tambah apa2 kat depan atau belakang nama yea...
Seorang ibu kepada 3 orang anak lelaki berusia 5 setengah , 4 dan 1 setengah tahun.
Learning is my passion. Teaching is my life. Sharing is my priority.
Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibuMana ada kenangan pahit sebagai ibu... anak nangis, anak ketawa, anak tumpahkan kicap satu lantai, anak buang syampoo satu botol ... semuanya manisss (",)
Kenangan pahit anda ?Kan dah cakap dah tadi :P
Kata kata khas buat si suami ...Abang,
Nora ni isteri yang tak sempurna, tapi tak bermakna Nora tak cuba untuk jadi sempurna. Namun, buat masa ini, harap abang masih sudi menerima isterimu ini seadanya.
Mudah2an kasih abg akan mengubah Nora menjadi lebih baik dari sebelum ini. AMinnnn.
Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..Hargailah ibu bapamu.
Nasihat mereka walau tak dipinta, adalah untuk kebaikanmu juga.
Kasih mereka walau tak dipeduli, akan kamu cari bila badai melanda suatu hari nanti.
Leter mereka walau membosankan, akan menunjuk jalan, mengubah laku dan terngiang2 sebagai pesan.
Kerana kalau mereka tiada nanti, manalah ada ganti...
Apakah harapan anda kepada anak anda ..Anak2ku, moga kau membesar sebagai hamba yang beriman, beramal salleh dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Nasihat buat si gadis di luar sana .. Wahai anak gadis, percayalah,
Jalan yang kau lihat indah itu, sebenarnya tak lurus.
Jejaka yang kau nampak persona itu, sebenarnya tidak sempurna.
Manusia yang kau sangka baik itu, kadang2 banyak muslihatnya.
Halangan mereka yang menyayangimu itu, untuk kebaikan semua.
Kerana, hiasan yang kau punya itu, sangat berharga.
Jagalah ia dengan sempurna. Buat yang halal suatu hari nanti.
Notakaki : Selamat hari wanita buat ibu2 semua.